Dajjal Mati Dibunuh

Dajjal Mati Dibunuh

Dajjal kelak akan mati dibunuh oleh Nabi Isa a.s ketika dajjal cuba melarikan diri sebaik Nabi Isa a.s telah turun ke bumi pada suatu masa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Tempoh Kehidupan Dajjal

Temph kehidupan al-Masih ad-Dajjal adalah kira-kira selama 40 hari sahaja.Didalam hadist riwayat Muslim,Rasulullah s.a.w menyatakan tempoh kehidupan dajjal adalah selama 40 hari.

“Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.

(HR Muslim)
Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 peringat, iaitu:
1 hari = Setahun
1 hari = Sebulan
1 hari = Seminggu
37 hari = Seperti hari kita


Solat ketika satu hari seperti setahun.

Makna bagaimana pantasnya itu adalah mengikut jumlah jam.Iaitu dari subuh ke zuhur berapa jaraknya,dari zuhur ke asar berapa jaraknya,dari asar ke maghrib berapa pula jaraknya hinggalah ke isyak,berapa jarak masanya,maka tunaikanlah solat.Wallahualam.

Turunya Nabi Isa a.s dari langit adalah pertanda bahawa hayat dajjal akan berakhir.Dajjal akan mengetahui bahawa dia tidak dapat lari lagi dari menerima kenyataan bahawa dialah pendusta sebenar-benarnya lalu nabi Isa a.s membunuhnya.


Bab Ludd

Pintu masuk ke bab lud
Foto Kredit http://abusirr.blogspot.my/
Bab Ludd akan menjadi saksi keatas pembunuhan dajjal apabila Nabi Isa a.s mengejarnya lalu terserempaklah dajjal dengan Nabi Isa a.s yang bersedia untuk membunuhnya dengan tombok.Nabi Isa a.s akan menikam mata tombok tersebut tepat kepada dada dajjal,lalu mengalirlah darah dajjal dan kaum mukmin meraihkan kemenangan yang nyata sebagaimana dijanjikan oleh Allah s.w.t tentang turunya nabi Isa a.s kebumi.

Di sebuah perkampungan yang berhampiran dengan Baitulmaqdis,palestin dan jarak Bab Ludd ke Jurusalem adalah kira-kira 45km.

Memetik dari hadist Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim,Rasulullah s.a.w bersabda:

"Ketika kaum Muslimin bersiap-siap pergi berperang,dan memantapkan barisan,waktu solat pun masuk.Waktu itu,Isa bin Mariam turun,lalu ikut solat bersama mereka.Ketika dajjal melihat Isa,dia pun cair seperti garam yang mencair di lautan.Jika dibiarkan pasti dia akan cair sampai musnah binasa,tetapi Allah mahukan Isa membunuh dajjal dengan tanganya sendiri,supaya umat islam dapat melihat darahnya mengalir."

Pengertian dari hadist diatas adalah Allah s.w.t mahu Nabi Isa a.s membunuh dajjal dengan tangan baginda sendiri.Dan Allah mahu memberikan kemenangan kepada umat islam apabila terbunuhnya dajjal ditangan hamba-Nya.Sesungguhnya tipu daya dajjal ini lemah dan tidak dapat menandingi kekuatan Allah s.w.t.

Sebenarnya boleh sahaja Allah menurunkan Malaikat-Malaikat-Nya yang kuat lagi gagah untuk menumpaskan dajjal,namun Allah mahu hamba-Nya menggunakan tangan mereka sendiri dan Allah s.w.t akan membantu menerusi tangan itu dengan cara memenangkan umat islam.

Ingatlah kisah Nabi Musa a.s yang gugup berhadapan dengan Firaun,dimana Nabi Musa a.s kelihatan gugup untuk berhadapan dengan firaun lalu Allah s.w.t memerintahkan agar Nabi Musa a.s supaya jangan takut kerana Allah s.w.t akan melindungi baginda a.s dari perbagai arah.

Pengajaran lain juga kita boleh lihat sewaktu perang badar yang mana terdapat sejumlah bilangan kecil tentera kaum muslimin menentang sejumlah besar kaum kafir mekah.Ada diantara para sahabat yang baru hendak mengangkat dan melibas pihak lawan,sebelum senjata mereka mereka singgah ke tubuh badan musuh mereka dan musuh Allah,tubuh badan musuh Allah itu terlebih dahulu terperosok kebelakang dengan wajah-wajah yang remuk.

Mereka sesudah itu tertanya-tanya,siapakah yang memukul si polan ini,padahal aku baru sahaja hendak memukul tubuhnya,namun dia sudah rebah.Rasulullah s.a.w pun menerangkan bahawa terdapat malaikat yang turut ikut berperang bersama-sama mereka sedang mereka tidak melihatnya.

Namun semasa perang uhud,Allah s.w.t menguji mereka dengan harta rampasan,lalu mereka lupa akan tugas mereka.

Didalam pertempuran dengan dajjal juga,akan ada ujian terbesar yang akan menimpa umat islam.Ketika umat islam di ambang kekalahan dengan sedikitnya bilangan,maka saat itu,bilangan orang islam sedikit berbanding tentera dajjal yang ramai.

Allah akan menguji mereka dengan kesenangan mahupun kesempitan yang sangat-sangat mengoncangkan iman.Mereka yang sabar dengan kesenangan belum tertentu sabar terhadap ujian kesempitan,mereka yang sabar dengan kesempitan akan teruji iman mereka bila didatangkan dengan kesenangan.

Maka pada waktu itu,umat islam akan diuji dengan kesukaran,sedikit makanan,dan bilangan tenteranya.

Allah s.w.t mahu uji,apakah benar hamba-Nya itu sungguh hanya mengharapkan Allah s.w.t sebagai penolong ataukah tewas dilanda ujian-ujian-Nya.

Di ambang-ambang kekalahan,umat islam waktu itu tetap teguh iman mereka,lalu mereka tetap mahu berperang memerangi dajjal diatas jalan ketaqwaan,maka Allah s.w.t pun meredhai mereka dan tanpa disangka-sangka telah turun nabi Isa a.s membantu mereka sekaligus dajjal pun lari hingga ke Bab Ludd.Maka disitulah buku bertemu ruas.


Dajjal Mati Dibunuh Dajjal Mati Dibunuh Reviewed by Nursyarifah Syed Putera on 09:30 Rating: 5

No comments